WHANGĀREI: Kamo Wildlife Sanctuary di utara bandar Whangārei, New Zealand, terpaksa menamatkan hayat dua daripada tujuh singa peliharaannya selepas menghadapi masalah kewangan, dengan nasib lima singa lain masih belum pasti.
Taman hidupan liar yang dimiliki secara persendirian itu menutup operasinya hujung minggu lalu. Dalam kenyataan di Facebook pada Selasa, pihak taman memaklumkan pemiliknya, Bolton Equities, meletakkan hartanah seluas 32.5 hektar itu untuk dijual sejak Ogos, dan semua singa berusia antara 18 hingga 21 tahun akan diekutasi selepas keputusan sukar dibuat pemilik.
“Tiada pilihan lain yang boleh diambil. Saya dan kakitangan amat terkesan,” kata Janette Vallance, pengendali taman itu.
Beliau berkata, meskipun taman ini berpotensi diteruskan di bawah pemilik baru, ia memerlukan pelaburan modal besar selain daripada pembelian tanah.
Dalam kemas kini pada Khamis, taman itu mengesahkan dua singa iaitu Imvula dan Sibili telah dieksekusi.
“Kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan serius yang tidak boleh dirawat dan semakin merosot. Keputusan ini dibuat dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang,” kata Vallance.
Walaupun begitu, masih ada harapan untuk lima singa yang lain. Beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk membeli fasiliti tersebut dan meneruskan penjagaan singa.
“Waktu yang ada singkat dan situasi masih tidak menentu, tetapi kami berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan harapan,” katanya.
Vallance menegaskan pemindahan singa ke fasiliti lain tidak praktikal atau berperikemanusiaan kerana faktor umur, jumlah haiwan dan keperluan kompleks mereka.
Situasi di taman itu menerima pelbagai mesej daripada orang awam yang merayu agar singa-singa tersebut diselamatkan, sementara bekas kakitangan berharap keputusan eutanasi dikaji semula.
Beliau juga memaklumkan menerima komen ugutan dan menghina selain ucapan simpati, dan meminta orang ramai bersikap baik serta menghormati situasi yang menyedihkan itu.
Menurut Ministry for Primary Industries (MPI), keputusan eutanasi terletak pada pemilik, dan pihak kementerian telah dimaklumkan mengenai rancangan tersebut. Stuart Anderson, Timbalan Pengarah Biosecurity New Zealand, berkata proses eutanasi mesti dijalankan secara berperikemanusiaan dan mengikut undang-undang kebajikan haiwan, dengan pemeriksaan dilakukan untuk memastikan kepatuhan.
Taman itu pernah mendapat perhatian pada awal 2000-an melalui rancangan televisyen yang menampilkan pengendali singa terkenal, Craig “the Lion Man” Busch, tetapi kemudian menghadapi pelbagai masalah termasuk kematian pekerja akibat diserang harimau putih pada 2009, masalah kewangan, isu pengurusan, serta penutupan sementara oleh MPI pada 2014. Ia dibuka semula pada 2021 sebelum terpaksa likuidasi pada 2023.










