Cadang lantik senator semuda 18 tahun - Utusan Malaysia

Cadang lantik senator semuda 18 tahun

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berhasrat menubuhkan Dewan Negara Muda sebagai satu platform baharu bagi melahirkan senator yang terdiri dalam kalangan belia berusia 18 hingga 30 tahun.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, pelaksanaanya adalah sama seperti Parlimen Belia Malaysia dari segi mekanisme proses pelantikan serta prosiding dalam Dewan Negara, namun beberapa pindaan atau syarat baharu akan disesuaikan.

Menurut beliau, cadangan tersebut masih pada peringkat perbincangan awal dan dijangka dilaksanakan pada penghujung tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kertas cadangan sudah siap dan akan dibincangkan terlebih dahulu sesama ahli kaukus termasuk bersama penasihat kaukus yang juga Yang di-Pertua Dewan Negara.

“Perkara ini juga akan dibawa kepada Perdana Menteri yang kemudian diperincikan dan dibincangkan lagi di peringkat Parlimen serta menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang. Akan ada bengkel, kolokium, seminar dan jawatankuasa untuk meneliti dan menilainya,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Kata Razali, kertas cadangan sedia ada akan dibincang dan diperincikan, selain bakal menubuhkan Jawatankuasa Induk Dewan Negara Muda bagi memilih 70 ahli senator muda.

“Akan ada proses menapis, temu ramah dan pemilihan calon. Pemilihan mungkin diadakan secara dalam talian berdasarkan beberapa kriteria kecemerlangan berdasarkan latar belakang. Keutamaan diberikan sekiranya aktif berpersatuan sama ada menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan sebagainya selain melihat dari sudut kaum minoriti, golongan orang kurang upaya (OKU) dan Orang Asli.

“Yang penting, negara ini bakal mempunyai senator-senator muda yang berinovasi dan berwawasan yang merentasi pemikiran politik-politik yang jelik dan jumud,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×