Bekerja sambil bercuti bukan lagi sesuatu yang pelik. Fenomena workcation kini menjadi trend dalam kalangan profesional muda yang ingin menyeimbangkan antara tanggungjawab kerja dan ketenangan minda.
Selepas pandemik, semakin ramai menukar rutin pejabat kepada suasana yang lebih damai.
Ada yang ke resort tepi pantai, pulau peranginan malah hotel bandar yang menawarkan kemudahan mesra kerja.
Konsep ini membolehkan seseorang untuk terus produktif tanpa terikat dengan ruang kerja tradisional.
Antara lokasi ideal untuk workcation ialah Hilton Petaling Jaya.

Hotel ikonik ini bukan sahaja sinonim dengan penginapan mewah, tetapi kini tampil segar dengan wajah baharu selepas melalui transformasi menyeluruh.
Daripada rekaan bilik moden dan luas, ruang santai bergaya kontemporari, sajian kulinari memikat hingga kemudahan mesyuarat serba lengkap.
Semuanya dirangka bagi memenuhi keperluan pengembara moden yang mahu bekerja dan berehat dalam suasana tenang dan selesa.
Menurut Pengurus Besarnya, Andre Gomez, transformasi itu bukan sekadar perubahan visual, tetapi langkah untuk mencipta pengalaman penginapan yang seiring dengan gaya hidup profesional masa kini.
“Setiap perincian, daripada rekaan bilik kontemporari hinggalah ke ruang acara pelbagai fungsi, mencerminkan komitmen Hilton untuk menawarkan hospitaliti bertaraf dunia sambil kekal relevan dengan keperluan pengembara moden,” katanya.
Transformasi ini memperkenalkan 547 bilik dan suite yang diubah suai sepenuhnya dengan elemen elegan kontemporari dan sentuhan budaya Malaysia.
Ruang bersama seperti lounge dan executive lounge pula menampilkan susun atur intuitif serta pod produktiviti.

Mesyuarat, acara
Selain bilik penginapan selesa, Hilton Petaling Jaya dilengkapi pelbagai pilihan dewan dan bilik mesyuarat moden untuk memenuhi keperluan korporat serta acara sosial.
Antaranya termasuk Ballroom Kristal tanpa tiang yang mampu menampung sehingga 1,000 tetamu.
Terdapat juga 20 bilik mesyuarat pelbagai saiz, dilengkapi teknologi audio visual terkini dan kemudahan wireless casting.

Hidangan Kantonis asli
Selepas seharian bermesyuarat atau menyiapkan tugasan, apa kata cuba sajian autentik Kantonis di Restoran Toh Yuen.
Di sini, setiap sajian disediakan dengan penuh teliti oleh cef berpengalaman, menggunakan bahan segar dan resipi tradisional.
Antara menu yang menjadi kegemaran ialah udang mentega bersama kacang gajus, itik peking panggang, sup ayam dengan abalone dan rock melon.
Suasana restoran yang tenang dan elegan menjadikan Toh Yuen pilihan tepat untuk menjamu selera bersama rakan sekerja atau keluarga.
Tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang enak di Paya Serai.
Jangan lepaskan peluang mencuba roti sarang burung dan teh tarik ketika sarapan pagi.
Istimewanya, keahlian Gold dan Diamond turut disajikan dengan aneka kuih tradisi seperti pulut manis, tepung pelita dan bom.











