Indonesia seru sinergi kukuh ASEAN tangani jenayah siber - Utusan Malaysia

Indonesia seru sinergi kukuh ASEAN tangani jenayah siber

SUGIONO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Indonesia, Sugiono, menekankan perlunya sinergi lebih kuat antara sektor-sektor dalam ASEAN bagi menangani cabaran keselamatan serantau, terutamanya jenayah siber rentas sempadan dan penipuan dalam talian.

Berucap pada Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-30 pada yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur, Sugiono berkata, rantau ini semakin terhubung dan dinamik.

Sehubungan itu, beliau menyatakan negara-negara anggota ASEAN harus memperkukuhkan keupayaan bagi menangani cabaran pelbagai dimensi, termasuk jenayah merentas sempadan.

Menurut kenyataan dari Kementerian Luar Negeri Indonesia, negara itu menyeru APSC mempertingkatkan koordinasi dengan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) bagi membangunkan respons yang lebih koheren dan menyeluruh.

Indonesia turut mencadangkan satu pertemuan antara badan-badan sektor ini bagi mewujudkan kerjasama lebih mendalam dalam kalangan APSC.

Sugiono mengumumkan dua inisiatif utama Indonesia bertujuan mempertingkatkan kesiapsiagaan dan kerjasama ASEAN dalam memerangi ancaman jenayah siber dan penipuan dalam talian yang merosakkan keselamatan serantau, kestabilan ekonomi, dan ketahanan sosial.

Inisiatif tersebut termasuk Forum Dialog Kerjasama Polis untuk Bantuan Bersama dalam Hal-Hal Jenayah, yang dijadualkan pada 27-29 Oktober, serta perbincangan simulasi mengenai Kesiapsiagaan ASEAN dalam Melindungi Warganegara di Luar Negara, yang dijadualkan pada 4-5 Disember.

Kedua-dua acara ini akan diadakan di Bali.

Beliau berkata, Indonesia juga menyambut baik penerimaan Deklarasi ASEAN mengenai Memerangi Jenayah Siber dan Penipuan Dalam Talian pada September lalu, yang dianggap sebagai satu pencerminan yang kuat terhadap komitmen ASEAN dalam menjaga ruang digitalnya dan keselamatan serantau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×