Agong sempurnakan Istiadat Pertukaran Panji Seri Paduka

Agong sempurnakan Istiadat Pertukaran Panji Seri Paduka

SULTAN Ibrahim berkenan memeriksa kawalan kehormat Istiadat Pertukaran Panji Yang di-Pertuan Agong di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Per­tuan Agong, Sultan Ibrahim ber­kenan bercemar duli menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Istiadat Pertukaran Panji-panji Seri Paduka Baginda itu merupakan kali pertama diadakan sejak pemerintahan Sultan Ibrahim dan kelazimannya ia dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila terdapat keperluan penggantian panji-panji yang lama dan lusuh.

Sultan Ibrahim hadir bersama anakanda-anakanda ba­ginda iaitu Tunku Abu Bakar dan Tunku Idris Iskandar serta disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar.

Sebanyak tiga panji-panji Yang di-Pertuan Agong diarak oleh kontinjen dari tiga perkhidmatan ATM iaitu Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kor Armor Diraja (KAD) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Seramai 34 pegawai dan 430 anggota lain-lain pangkat terlibat diketuai Pegawai Meme­rintah Batalion Pertama RAMD, Kolonel Mohd. Fuad Md. Ghazali; Pegawai Memerintah Rejimen Kedua KAD, Leftenan Kolonel Ahmad Faisal Muda dan Pegawai Memerintah Markas Tentera Udara, Kolonel Azri Amad.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Panglima Tentera Darat pada penghujung istiadat, disusuli dengan bacaan doa sebelum baginda berangkat meninggalkan majlis pada pukul 9.30 pagi.

Panji-panji merupakan lambang kehormatan, semangat juang dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap raja dan negara.

la menjadi identiti pasukan serta melambangkan tanggungjawab, legasi dan semangat setia yang diwarisi oleh setiap warganya dan secara tradisi, hanya pasukan yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang akan dianugerahkan gelaran ‘Diraja’.

Ia sebagai penghormatan kepada sesebuah pasukan, nama-nama peperangan yang pernah disertai akan disulam pada panji-panji tersebut, dikenali sebagai ‘Penghormatan Tempur’ yang terletak di kiri dan kanan Lambang Diraja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×