SAYA adalah penghuni tetap Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis.
Saya ingin memberi pandangan tentang kerja-kerja menyedut tangki najis di kawasan perumahan.
Tiada masalah dengan kerja-kerja tersebut namun biarlah ia dilakukan pada yang sesuai agar tidak mengganggu penduduk.
Semua tangki najis berada di belakang rumah. Disamping itu, boleh dikatakan kebanyakan dapur atau tempat memasak rumah-rumah di taman juga berada di bahagian belakang.
Didapati ada masanya lori penyedut najis datang pada waktu tengah hari, semasa penduduk menyediakan makanan.
Oleh itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab dengan kerja-kerja tersebut susun aturlah masa jadual kerja yang lebih sesuai.
Saya memohon ribuan maaf jika pandangan ini menyinggung pihak-pihak tertentu.
Diharapkan biarlah apa sahaja bentuk kerja yang dijalankan dalam taman memberi keselesaan kepada semua, khususnya penduduk di sesuatu kawasan.-UTUSAN
RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis










