Muka baharu cabar Izzah di Chile

Muka baharu cabar Izzah di Chile

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bakal berdepan dengan tentangan daripada muka-muka baharu yang diketengahkan kebanyakan negara yang mengambil bahagian pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2025 di Santiago, Chile yang membuka tirai hari ini.

Pelumba kelahiran kedah itu berkata, dia akan cuba melakukan yang terbaik di samping berwaspada terhadap pelumba yang lain.

“Ramai pelumba baharu, termasuk bekas pelumba Kejohanan Dunia Remaja tahun lepas pun akan berlumba,” katanya.

Menurut Izzah, walaupun saingan dijangka lebih mencabar, dia optimis mampu melangkah jauh sekurang-kurangnya ke peringkat akhir seperti yang disasarkan jurulatih.

“Kalau boleh, saya memang nak capai sasaran jurulatih, iaitu mara ke final. Itu pun sudah cukup besar buat saya,

“Tapi saya juga mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan akan terus berusaha untuk tingkatkan prestasi,” jelasnya.

Izzah akan berlumba dalam acara pecut hari ini (10 malam waktu Malaysia) sebelum bertanding dalam saingan keirin pada Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×