Skuad ragbi 7s negara sasar lapan terbaik

Skuad ragbi 7s negara sasar lapan terbaik

AKSI pemain ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara ketika mengambil bahagian dalam Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi pertama Hangzhou, China, bulan lalu. - Ihsan Ragbi Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man mensasar lapan pasukan terbaik dalam Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi kedua di Colombo, Sri Lanka bermula hari ini.

Nik Safuan berkata, sasaran itu ditetapkan kepada pemainnya agar mereka dapat terus mengambil bahagian dalam kejohanan itu pada tahun hadapan selepas  menamatkan saingan edisi pertama di kedudukan keenam pada bulan lalu dekat Hangzhou, China.

Katanya lagi, sasaran utama mereka pada tahun ini adalah melayakkan diri ke final Sukan SEA 2025 dalam usaha pasukan memburu pingat emas di temasya dwitahunan itu.

“Kejohanan siri ini kita tak begitu fokus namun kita tetap ada sasaran minimum untuk tamatkan kejohanan di Colombo sekurang-kurangnya di tempat ketujuh atau kelapan.

“Kita tak boleh tamatkan saingan di kedudukan kesembilan atau ke-10 keseluruhan sebab bahaya. Kita kena kumpul mata dalam kedua-dua kejohanan siri ini agar kekal pada tahun depan,” katanya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, Korea Selatan dan Filipina manakala bagi kategori wanita pula dalam Kumpulan China, Kazakhstan dan Filipina.

Sementara itu, ketua jurulatih ragbi 7s wanita negara, Faiz Shamsukhidir optimis pemainnya dapat memperbaiki kedudukan berbanding siri pertama selepas mereka menamatkan saingan di tempat kelapan.

“Setelah selesai siri pertama di China, banyak kelemahan yang kami kenal pasti dan daripada situ kami mengubah corak latihan. Saya pasti di Colombo nanti persembahan pasukan akan berbeza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×