Dua lelaki ditahan kes bunuh rakan senegara di Cameron Highlands

Dua lelaki ditahan kes bunuh rakan senegara di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan dalam kejadian tragis di Taman Oriental Lily, Tringkap di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, mangsa berusia 50 tahun  ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah manakala isterinya cedera di bahagian kepala.

Katanya, polis menerima maklumat tentang kejadian itu pada 13 Oktober lalu kira-kira pukul 11.54 malam sebelum sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) digerakkan ke lokasi.

“Bertindak atas maklumat, polis  menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan pada pukul 12.05 tengah malam di taman perumahan sama.

“Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa senjata dipercayai digunakan dalam kes bunuh tersebut iaitu sebilah pisau sepanjang 13 sentimeter, sebatang besi beroda 57 sentimeter berwarna hitam dan sebilah pisau berukuran 28 sentimeter berhulu plastik,” katanya di sini hari ini.

Azri berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati , beberapa kesan luka akibat objek tajam pada bahagian leher, kepala, pipi kanan dan bawah telinga kanan mangsa.

“Di bahagian perut pula, terdapat kesan hirisan sepanjang lima sentimeter hingga menyebabkan usus mangsa terkeluar. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Tanah Rata dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×