PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Program Pemukiman Kepimpinan UMNO Bahagian Gerik yang diadakan di Pusat Ilmu Janda Baik, Pahang.
Pada program sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan pencalonan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temenggor, Datuk Salbiah Mohamed untuk mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.
Asyraf Wajdi yang kini merupakan Pengerusi Mara mengesahkan pengumuman Presiden UMNO tersebut pada malam terakhir program selama tiga hari tersebut.
“Saya ini orang parti dan akan patuh sahaja arahan kepimpinan untuk saya bertanding di mana sahaja. Akhirnya niat saya hanyalah untuk membantu rakyat di mana sahaja kawasan yang parti amanahkan untuk menabur budi.
“Sejak tiga tahun lalu, saya diamanahkan menjadi Ahli Majlis Kerja TertingAsywagi UMNO ‘angkat’ kepada Parlimen Gerik, saya sentiasa turun padang membantu rakyat mengikut kemampuan,” katanya Utusan Malaysia.
Pada malam terakhir program pada kelmarin, Ahmad Zahid turut menyeru penduduk Gerik untuk menerima Asyraf Wajdi sebagai calon di Parlimen tersebut kerana dilihat mempunyai potensi besar untuk membawa perubahan di kawasan terbabit.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengakui bahawa terdapat beberapa tokoh tempatan yang layak untuk diketengahkan namun memberi jaminan jika Asyraf Wajdi memenangi kerusi Parlimen Gerik, beliau akan dilantik sebagai Menteri.
Justeru, katanya Asyraf Wajdi akan memastikan peluang pekerjaan di kementerian diberikan kepada penduduk Gerik.
Selain itu, Ahmad Zahid juga berikrar untuk membantu setiap Pusat Daerah Mengundi di kawasan Gerik dalam pelbagai aspek sebagai tanda sokongan berterusan kepada rakyat setempat. – UTUSAN










