Selamat datang – Idris Ahmad

Selamat datang – Idris Ahmad

MRSM
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mengucapkan selamat datang kepada Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang bakal bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, percubaan kali kedua Setiausaha Agung UMNO itu bertanding di Parlimen Gerik selepas tewas pada PRU tahun 2022 wajar dialu-alukan.

Katanya, pengumuman awal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa Asyraf Wajdi sebagai calon kerusi Parlimen Gerik sesuatu yang jarang berlaku

“Pada saya, kalau Asyraf Wajdi tak bertanding, itu yang pelik. Siapa tak kenal Asyraf Wajdi, orang kuat mempertahankan kedudukan politik UMNO dalam kerajaan bersama PH (Pakatan Harapan) dan DAP, walaupun dulu siapa yang tidak kenal Asyraf Wajdi,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Idris yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, kedudukan UMNO dalam kerajaan bersama PH dan DAP adalah pilihan politik masing-masing, namun beliau berikrar Perikatan Nasional (PN) akan bekerja lebih kuat mempertahankan kerusi Parlimen Gerik.

“Insya-Allah PN akan beker­ja kuat mempertahankan kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang oleh Fathul Huzir Ayob, anak muda tempatan dan usahawan berjaya,” katanya.

Bagaimanapun, Idris mengingatkan supaya pertembu­ngan antara calon UMNO dan PN berlaku secara ‘anak jantan’.

Dalam PRU tahun 2022, Mohd. Asraf Wajdi yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 13,728 undi manakala Fathul Huzir mendapat 15,105 dan seorang lagi calon Ahmad Tarmizi Mohd. Jam mewakili DAP mendapat 5,779 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN