Radio amatur tangani masalah komunikasi ketika banjir

Radio amatur tangani masalah komunikasi ketika banjir

AZAMUDDIN Ahmad @Abu (tengah) ketika memeriksa keadaan bot yang bakal digunakan untuk operasi menyelamat ketika banjir di Taman Rekreasi Agro Darau, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Khidmat radio amatur ketika banjir dapat menangani masalah gangguan liputan komunikasi di kawasan pedalaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, inisiatif dilakukan dengan kerjasama kelab radio amatur yang terdiri daripada penduduk kampung di daerah ini bersama pasukan keselamatan termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Radio amatur ini digunakan untuk membantu pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi menyalurkan maklumat jika terdapat kawasan terputus perhubungan akibat banjir. Ini kerana radio amatur mampu bertahan tiga hingga lima hari meskipun terputus bekalan elektrik.

“Selain itu, ia memudahkan pihak berkuasa berhubung dengan penduduk di pedalaman dengan menggunakan frekuensi ditetapkan bagi membolehkan tindakan penyelamatan dilakukan di kawasan terlibat,” katanya selepas Program Pengendalian Bot dan Menyelamat Banjir di Taman Rekreasi Agro Darau, di sini, semalam.

Menurut Azamuddin, seramai 75 wakil penduduk diberi taklimat dan latihan sebagai langkah siap siaga berdepan banjir yang dijangka melanda awal bulan depan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 25 buah bot gentian kaca disediakan untuk keperluan banjir di daerah ini.

“Pada masa sama, kami mengenal pasti sebanyak tujuh hotsport banjir di daerah ini antaranya Felda Tenang, Keruak, Kampung La dan beberapa lokasi lagi. Penduduk yang terlibat diminta berpindah awal bagi mengelakkan terkandas banjir dan operasi menyelamat juga dilakukan mengikut keadaan serta ke­perluan semasa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN