SAYA merupakan penduduk di komuniti Bandar Seri Putra (BSP), Kajang, Selangor.
Persekitaran kediaman BSP dilingkungi beberapa buah sekolah serta Universiti Islam Selangor (UIS).
Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan khususnya Kerajaan Negeri Selangor dapat membuka sebuah perpustakaan di persekitaran ini bagi memboleh anak-anak menyemai minat membaca.
Barangkali boleh dicadangkan pembukaan perpustakaan bergerak atau perpustakaan tetap iaitu didirikan bangunan fizikal.
Ini juga memberi nilai tambah kepada pelajar UIS untuk mendapatkan lebih banyak ilmu. Saya yakin pelaburan di bidang pendidikan akan memacu ketamadunan bangsa dan memandaikan masyarakat.
Sehubungan itu juga, saya amat berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen dapat membantu merealisasikan perkara ini. – UTUSAN
ULAT BUKU
Bandar Seri Putra Kajang, Selangor










