Stor simpan produk penjagaan tiruan diserbu

Stor simpan produk penjagaan tiruan diserbu

SERBUAN terhadap sebuah stor di Cheras berjaya menemui lebih 17,000 produk penjagaan diri tiruan bernilai RM160,000 dan dua warga asing berjaya ditahan dalam Op Jeriji 6.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah premis yang dijadikan stor menyimpan produk penjagaan tiruan diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur di Cheras, kelmarin.

Penguatkuasaan Op Jeriji 6.0 itu dijalankan hasil maklumat dan risikan selepas menerima aduan daripada wakil cap dagang.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuala Lumpur, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, dua lelaki Pakistan berusia lingkungan 30 hingga 40-an disyaki pekerja di premis itu telah ditahan.

Menurutnya, sebanyak 17,100 unit barang terdiri pelbagai jenis barangan seperti minyak wangi, semburan badan dan losen bernilai RM160,000 disita dalam operasi berkenaan.

“Premis ini dipercayai berfungsi sebagai stor simpanan dan pengurusan pesanan sebelum produk dihantar melalui perkhidmatan kurier kepada pembeli.

“Semua barangan ini disimpan sebagai stok sebelum dihantar kepada pelanggan di sekitar Chow Kit dan Jalan Kenanga selain penjualan dalam talian,” katanya di sini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sumber produk diperoleh dari luar negara.

Tambahnya, kegiatan terbabit disyaki telah beroperasi sejak lapan bulan lalu dan pengesahan awal dibuat oleh wakil pemilik cap dagangan mengesahkan barangan tersebut tiruan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×