Gaji hakim naik 30 peratus

Gaji hakim naik 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang menaikkan gaji hakim sebanyak 30 peratus selepas 10 tahun tidak mengalami peningkatan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan hakim tidak menerima kenaikan gaji tahunan seperti skim lain dalam kerajaan.

Pada masa sama, beliau berkata, golongan itu juga tidak dibenarkan memegang jawatan dan perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas kesedaran kita, juga sistem badan kehakiman yang pernah dianggap tercalar, tapi berbangga badan kehakiman sekarang ke arah lebih wibawa, lebih integriti dan bebas. 

“Atas semangat tersebut, kerajaan bersetuju menaikkan gaji hakim sehingga 30 peratus mulai 1 Januari tahun depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini