Tandas awam lama dijadikan hotel butik mewah di Oxford

Tandas awam lama dijadikan hotel butik mewah di Oxford

SATU daripada bilik yang terdapat di Hotel The Netty di Oxford, Britain. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OXFORD: Sebuah tandas awam lama di Oxford kini berubah wajah menjadi sebuah hotel butik mewah.

Walaupun trend percutian tempatan atau staycation semakin meningkat, pasaran penginapan jangka pendek kini terlalu sesak.

Bagi menonjolkan keunikan, ada pemilik yang sanggup melakukan transformasi luar biasa terhadap harta mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu daripadanya ialah The Netty, sebuah tandas awam Victoria yang diubah suai menjadi hotel butik eksklusif di tengah-tengah bandar Oxford.

YouTuber Molly Thompson, yang terkenal dengan eksplorasi destinasi pelik, memuat naik video pengalamannya menginap di sana dengan bayaran 131 pound (RM645) untuk satu malam.

“Tandas awam ini dibina pada tahun 1895 dan terletak di bawah satu daripada jalan utama ke Oxford. Ia sudah diubah sepenuhnya menjadi tempat penginapan yang selesa,” katanya.

Nama “The Netty” diambil daripada slanga Geordie yang bermaksud tandas.

“Ramai sangka ia akan berbau seperti tandas, tapi sebenarnya ia berbau harum, langsung tiada bau yang pelik,” seloroh Molly mengulas tentang bau ruang itu.

Menariknya, reka bentuk asal masih dikekalkan iaitu satu bilik berwarna biru yang dahulunya tandas lelaki, dan satu lagi berwarna merah jambu, bekas tandas wanita.

Tandas awam tersebut ditutup sejak tahun 2008 dan dibiarkan terbiar selama 17 tahun sebelum dibangunkan semula. Proses transformasi mengambil masa yang panjang, dengan kelulusan pembangunan hanya diberikan pada tahun 2019 sebelum dibuka secara rasmi pada Jun tahun ini.

Menurut laman web hotel berkenaan, suite berkeluasan 22 meter persegi itu dilengkapi katil bersaiz besar, bilik mandi dengan pancuran hujan moden, serta mini bar dengan minuman percuma.

Ia boleh memuatkan dua orang tetamu dan hanya boleh diakses melalui tangga kerana terletak di bawah tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×