‘Lama-lama nanti semua tanah kami jatuh ke dalam laut’

‘Lama-lama nanti semua tanah kami jatuh ke dalam laut’

KHAIRUL Azman A. Rahman menunjukkan tanah miliknya yang telah ‘hilang’ akibat hakisan pantai di Lorong Sayong, Kampung Rimba Terjun di Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: “Lama-lama nanti kebun saya hilang, semua jatuh ke dalam laut,”. Itu luah Khairul Azman A, Rahman, 47, mengenai tanah miliknya yang terletak berhampiran dengan laut di Kampung Rimba Terjun yang berdepan dengan masalah ha­kisan.

Menurutnya, dia tidak mampu untuk menghalang hakisan yang berlaku pada setiap tahun di atas tanahnya yang berke­luasan kira-kira satu ekar apabila sedikit demi sedikit ia hilang ‘ditelan’ arus ombak.

Katanya, jika tiada usaha dilakukan sama ada pembinaan benteng pemecah ombak atau penahan hakisan pantai, hakisan itu dikhuatiri semakin bertambah buruk pada setiap tahun.

“Ketika ini tiada lagi pokok-pokok bakau yang berfungsi sebagai penampan dan tentu akan lebih memudahkan berlakunya kejadian hakisan pantai seperti itu.

“Kami bimbang hakisan tersebut semakin menghampiri kawasan rumah saya yang berada kira-kira 50 meter dari kawasan laut ini,” katanya ketika ditemui di Lorong Sayong, Kampung Rimba Terjun di sini semalam.

Tambah Khairul Azman, dia berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan perlu agar masalah hakisan ini dapat diatasi dengan segera.

“Jika hakisan bertambah buruk, ke mana kami perlu berpindah, ini tanah pusaka keluarga saya yang menjadi tempat kami tinggal sejak 40 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (5) Mukim Rimba Terjun, Rahmat Sahidon, berkata, selain Lorong Sayong, hakisan juga berlaku di sepanjang Lorong Hijrah ke belakang Masjid Jamek Kampung Rimba Terjun iaitu kira-kira 600 meter.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×