Krim pelindung matahari tidak rosakkan solekan

Krim pelindung matahari tidak rosakkan solekan

KRIM pelindung matahari dengan rumusan ultra ringan ini sesuai dijadikan asas sebelum solekan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perlindungan kulit daripada sinaran ultraviolet A (UVA) dan ultraviolet B(UVB) adalah langkah penting dalam rutin penjagaan setiap hari.

Namun, kini ramai yang mula ‘tinggalkan’ langkah penting itu sebelum bersolek kerana krim pelindung matahari dikatakan merosakkan solekan dan membuatkannya tidak tahan lama.

Malah, ramai yang enggan memakai pelindung matahari disebabkan tekstur yang terlalu tebal, melekit dan meninggalkan kesan putih tidak sekata.

Justeru, jenama Sunplay tampil dengan inovasi terbaharu, Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up yang dirumus khas untuk kegunaan harian sebelum solekan.

Pengurus Besar Mentholatum Sdn. Bhd., Lim Mei Yuen berkata, produk itu diformulasi dengan InvisShield yang menghasilkan tekstur ultra ringan, licin dan mudah menyerap terus ke dalam kulit.

Pengguna akan berasa seolah-olah tidak menggunakan sebarang krim di atas kulit sekali gus memberikan keselesaan sepanjang hari, tidak kira cuaca panas atau lembap.

Selain itu, tekstur berkenaan juga membantu solekan tampak lebih kemas dan tahan lama.

Tambahnya, keunikan produk itu terletak pada sentuhan rona merah jambu lembut yang belum pernah dimiliki jenama pelindung matahari lain.

“Warna yang digunakan bukan sekadar untuk tampak menarik namun, ia diformulasikan bagi memberi kesan menaik tona segera pada kulit.

“Hanya dengan sekali sapuan, kulit wajah kelihatan lebih cerah dengan tona menjadi sekata,” katanya.

NAIKKAN SERI WAJAH

Bagi yang gemarkan gaya ringkas tanpa solekan tebal pula, pelindung matahari ini cukup untuk dijadikan sebagai penyeri wajah.

Ia membantu menutup kulit kusam ,sekali gus menyegarkan wajah dengan memberi kesan berseri semula jadi.

Sudah tentu, ia mampu meningkatkan keyakinan diri si pemakai tanpa perlu alat solekan yang banyak.

Selain itu, setiap botol diperkaya dengan gabungan bahan penjagaan kulit yang mewah seperti glycerin yang mampu memberi kelembapan mendalam.

Ia juga mengandungi ekstrak semula jadi daripada minyak biji moringa dan bunga mawar damask yang berperanan memberi keanjalan pada kulit si pemakai.

Justeru, ia bukan sahaja dapat melindungi kulit daripada sinaran berbahaya, malah mampu memberi sentuhan semula jadi untuk penampilan harian.

TEKNOLOGI PINTAR

Produk inovasi yang dibangunkan dengan teknologi pintar ini turut diformulasi daripada mineral yang direka khas bagi kulit sensitif dan mudah berjerawat.

Ia juga sesuai digunakan oleh wanita hamil.

Selain itu, kandungan 100 peratus zink oksida bagi perlindungan fizikal mampu berfungsi seperti perisai lutsinar pada permukaan kulit.

“Berbeza dengan pelindung kimia yang menyerap sinaran ultraviolet (UV), zink oksida berperanan memantul keluar semula sekali gus dapat memberi perlindungan yang lebih lembut, sesuai untuk kulit sensitif,” katanya.

Ia turut melindungi daripada kesan jangka panjang seperti pigmentasi, tompok hitam, kulit kusam dan garis halus.

Disebabkan itu, produk perlindungan ini bukan sahaja boleh dijadikan keperluan seharian, sebaliknya pelaburan jangka panjang untuk mengekalkan keremajaan kulit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×