Taklimat isu Kampung Sungai Baru pada Khamis ini

Taklimat isu Kampung Sungai Baru pada Khamis ini

ruu produk merokok
Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Taklimat isu melibatkan Kampung Sungai Baru akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis ini melalui sesi penerangan menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, sesi berkenaan akan membolehkan segala maklumat dibentangkan secara terperinci.

“Peruntukkan masa untuk memberi penerangan khusus mengenai isu Kampung Sungai Baru telah diberikan.

“Saya percaya penjelasan yang lebih jelas serta terperinci boleh diberikan memandangkan lebih banyak masa telah disediakan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN–Padang Serai) mengenai pembangunan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Baru yang berdepan pelbagai cabaran besar

Dalam soalan tambahan, Azman turut bertanya mengenai model pembangunan ekonomi mampan yang dilaksanakan bagi memastikan pemilikan tanah kekal dalam kalangan masyarakat Melayu sambil dapay memaksimumkan manfaat pembangunan kepada pemilik asal.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, perbincangan kini sedang berjalan antara pemaju dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi meneroka potensi kerjasama.

Beliau menambah, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan isu tersebut, serta memastikan pembangunan semula Kampung Sungai Baru dan Kampung Baru menjadi pemangkin pembangunan lebih luas di Kuala Lumpur khususnya dalam memelihara warisan komuniti.

“Pelbagai perancangan sedang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan ini, dan kita sedang mengenal pasti pihak-pihak yang berminat untuk menyertai pembangunan semula Kampung Sungai Baru dan Kampung Baru.

“Apa yang paling penting bagi saya dalam kes Kampung Sungai Baru ialah memastikan penduduk yang telah bersetuju dengan pembangunan semula ini akhirnya menerima kediaman yang telah mereka nantikan lebih sembilan tahun,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×