KPM tekan pendekatan mendidik berbanding hukum

KPM tekan pendekatan mendidik berbanding hukum

FADHLINA Sidek (kiri) pada Kempen Anti Buli 2025 anjuran Wanita Keadilan Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Yayasan Aman, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan menekankan bahawa pendekatan mendidik berbanding menghukum murid bermasalah adalah penting selaras dengan usaha mewujudkan pembangunan pendidikan secara holistik bagi menangani isu buli.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, hukuman berbentuk rotan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

“Barangkali ramai yang tak suka sebab ramai kata ‘rotan je, wajib’. Senang sahaja orang cakap rotan, tapi tidak semudah itu. Bagi kita, pendekatan mesti pendekatan mendidik, mesti pendekatan holistik.

“Kita perlu ambil kira semua aspek pembangunan kanak-kanak ini,” katanya ketika berucap sempena Kempen Anti Buli 2025 anjuran Wanita Keadilan Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Yayasan Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kementerian boleh mengambil banyak keputusan dan intervensi yang tegas bagi membendung gejala buli di sekolah.

“Antaranya gantung sekolah, beri amaran atau buang sekolah, semua kita boleh ambil tindakan itu.

“Tapi satu perkara kita kena ingat, bila kita gantung budak, kita buang budak, budak-budak ini akan masuk balik sekolah di bawah KPM untuk kita kembali didik mereka.

“Sebab itu kita tak boleh terlalu cepat mengambil kira hukuman semata-mata, sebaliknya melihat seluruh aspek pembangunan dan juga peluang kepada anak-anak ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×