Kumpulan pekerja cabar yuran visa H-1B Trump di mahkamah

Kumpulan pekerja cabar yuran visa H-1B Trump di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Sekumpulan pekerja dari pelbagai sektor memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan San Francisco bagi mencabar yuran baharu visa H-1B sebanyak AS$100,000 (RM470,000) yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Gabungan itu yang mewakili pekerja penjagaan kesihatan, pensyarah universiti dan kumpulan keagamaan, berhujah yuran tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang dan akan menjejaskan saluran utama inovasi serta pertumbuhan ekonomi di AS.

“Tanpa tindakan segera, hospital akan kehilangan kakitangan perubatan, gereja akan kehilangan pastor, bilik darjah akan kehilangan guru dan pelbagai industri berisiko kehilangan tenaga pakar,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan.

Mereka turut meminta mahkamah menghalang pelaksanaan dasar tersebut serta memulihkan kestabilan untuk majikan dan pekerja asing.

Yuran visa yang diumumkan bulan lalu itu mula berkuat kuasa hanya 36 jam selepas diumumkan, menyebabkan kekeliruan meluas dalam kalangan syarikat dan pemohon visa.

Visa H-1B sebelum ini menjadi tulang belakang kepada sektor teknologi, khususnya di Lembah Silikon.

Trump mempertahankan dasar itu dengan mendakwa sistem visa H-1B sering disalah guna untuk menggantikan pekerja warga AS dengan tenaga asing yang menerima bayaran lebih rendah.

Beberapa tokoh teknologi termasuk Elon Musk memberi amaran tindakan itu akan menjejaskan sektor teknologi AS kerana negara itu tidak memiliki cukup bakat tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×