ANKARA: Pakatan Freedom Flotilla kini hanya berbaki sekitar 430 batu nautika dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam masa tiga hingga empat hari, kata seorang wakil kepada Anadolu Ajansi.
Behesti Ismail Songur, jurucakap konvoi yang diketuai kapal Vicdan, berkata armada itu disertai 10 kapal lain yang membawa misi kemanusiaan termasuk pasukan perubatan, wakil pertubuhan media serta tiga ahli parlimen Turkiye.
“Kami berharap dalam masa tiga atau empat hari lagi, kami akan sampai ke sempadan Gaza untuk memasuki perairan wilayahnya, memecahkan sekatan ini dan menzahirkan solidariti bersama saudara-saudara kita dalam (Global) Sumud Flotilla,” ujar Songur dalam temu bual itu.
Beliau menegaskan Vicdan berlayar khusus untuk menghantar bekalan perubatan ke Gaza dan menafikan misi itu bersifat provokatif; sebaliknya ia adalah usaha kemanusiaan untuk membantu penduduk yang menderita akibat sekatan dan konflik berpanjangan.
Songur berkata, walaupun cabaran cuaca seperti angin kencang dan gelombang laut melambatkan kemaraan flotila, tekad pasukan tetap kukuh. “Ada mesej mendalam di sebalik usaha ini yang perlu difahami,” katanya.
Beliau juga mengimbas susulan pelancaran kapal-kapal lain dalam konvoi dari Vicdan diikuti oleh kapal Madleen dan Hanzala yang menunjukkan perancangan rapi selepas peristiwa 7 Oktober lalu.










