Menteri Israel gelar aktivis GSF sebagai pengganas - Utusan Malaysia

Menteri Israel gelar aktivis GSF sebagai pengganas

BEN GVIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Sebuah video yang tular dalam media sosial menunjukkan Menteri Keselamatan Israel, Ben Gvir bersemuka dengan beberapa aktivis yang ditahan, sambil menyebut, ‘Kamu pengganas’.

Dalam rakaman itu, aktivis-aktivis tersebut berada di bawah jagaan pihak berkuasa Israel, sementara sebahagian mereka membalas dengan laungan, ‘Kebebasan untuk Palestin’.

Seorang pegawai Israel sebelum ini mengesahkan tentera laut menahan lebih 400 aktivis pro-Palestin yang berada di atas 41 kapal dalam flotilla tersebut yang membawa bantuan ke Gaza.

Kini persiapan dibuat untuk mengusir mereka pulang ke negara asal masing-masing.

Kementerian Luar Israel pada Khamis menyatakan semua aktivis berada dalam keadaan sihat dan tiada satu pun kapal atau bot flotilla tersebut berjaya sampai ke Gaza.

Tindakan Israel ini mendapat kritikan antarabangsa, tetapi pihak berkuasa Israel menegaskan mereka berhak mempertahankan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza atas alasan keselamatan.

Konvoi flotilla yang disertai pelbagai sukarelawan dari seluruh dunia itu bertujuan menentang kepungan Israel dan membawa bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan oleh penduduk Gaza.

Walaupun usaha mereka tidak berjaya, para aktivis terus menyuarakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin dan menyeru dunia agar lebih peka terhadap keadaan di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×