Raih pendapatan lumayan guna beruk petik kelapa

Raih pendapatan lumayan guna beruk petik kelapa

MOHD. Emirul Fazli Mohd. Juhari bersama beruk peliharaannya yang diberi nama Amat ketika ditemui di Kampung Chengkau Ulu, Rembau. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang pemandu lori kontena tidak menyesal meninggalkan kerjaya tersebut selepas pekerjaan barunya sebagai tauke beruk yang memetik kelapa memberi pulangan lumayan hingga empat angka sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Emirul Fazli Mohd. Juhari, 41, berkata, keputusan itu dibuat selepas trip hariannya membawa muatan kapal dari Pelabuhan Klang, Selangor berkurangan sehingga menjejaskan pendapatan bulanannya lalu dia memilih pulang ke kampung.

Pemuda yang berasal dari Gemas ini berkata, kemahiran itu dipelajari daripada arwah bapanya, Mohd. Juhari Karim, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

“Selepas PKP, saya balik kampung, selepas tu arwah ajar saya buat kerja kampung, ambil kelapa pakai beruk. Daripada situ timbul minat, sebelum ni saya kerja bawa lori, trip kurang, lepas tu saya cari alternatif (pendapatan) lain.

“Kebetulan, arwah ayah pun dah lama buat. Pada mulanya memang agak susah hendak bagi beruk ikut arahan.

“Nak bagi arahan, cara dia nak petik buah kelapa tua, kalau buah kepala yang tak goncang dia takkan turunkan. Jadi, memang kena ajar betul-betul bagi pastikan beruk ni tahu kelapa mana yang sesuai dibuat santan,” katanya ketika ditemui di Kampung Chengkau Ulu, di sini.

Ujar Mohd. Juhari lagi, arwah bapanya juga telah menemaninya membeli beruk jenis badong berusia tiga tahun itu yang diberikan nama Amat di Kelantan dengan harga RM2,500.

“Arwah ayah saya yang pilih, dia yang uji, dia yang syorkan. Namun, bila arwah ayah meninggal dunia tiga bulan lepas susulan serangan jantung, saya nekad untuk menjalankan perniagaan menjual santan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN