Ombak tinggi, angin kuat tidak patahkan semangat peserta GSF

Ombak tinggi, angin kuat tidak patahkan semangat peserta GSF

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehidupan di tengah lautan ternyata jauh lebih sukar daripada yang disangka namun pengalaman yang akan diingati peserta Global Sumud Flotilla (GSF) membawa bantuan kepada penduduk Gaza dan simbolik bgi memecahkan sekatan Israel.

Berkongsi pengalaman, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, ombak tinggi dan angin kuat menyebabkan peserta konvoi berada di dalam suasana mabuk laut secara berterusan.

“Ini yang kita hadapi selama beberapa hari namun semuanya rasa berbaloi untuk sampai ke titik ini,” katanya menerusi rakaman suara ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Muhammad Nadir Al-Nuri, keadaan semua anak kapal dalam keadaan yang baik dan mereka baru sahaja beberapa jam berada bersama-sama dengan kapal Flotilla utama.

“Di sekeliling 360 darjah, kami dapat melihat 43 kapal yang sedang bergerak bersatu menuju ke arah Gaza.

“Ini adalah momen yang pastinya kami akan ingat sampai bila-bila kerana usaha selama dua sehingga tiga bulan kami untuk menyatukan semua membuahkan hasil,” jelasnya.

Ujar beliau, peserta wanita yang terlibat sama dalam misi ini memainkan peranan yang sangat besar dan penting.

Jelas beliau, ini kerana mereka ini menjadi tunjang dan mewakili wanita di bumi Gaza yang yang kehilangan anak mereka selain warga emas yang masih hidup.

“Kekuatan ini menonjolkan, golongan wanita tidak berputus asa dalam meneruskan misi bantuan ke Gaza ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×