Artis trapeze maut terjatuh dari ketinggian lima meter ketika persembahan sarkas - Utusan Malaysia

Artis trapeze maut terjatuh dari ketinggian lima meter ketika persembahan sarkas

MARINA B
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAUTZEN: Seorang artis trapeze warga Sepanyol maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira lima meter ketika membuat persembahan di Circus Paul Busch di Bautzen, timur Jerman.

Mangsa dikenali sebagai Marina B, rebah ke lantai ketika sedang melakukan rutin trapeze klasik di hadapan lebih 80 penonton yang terkejut menyaksikan insiden itu.

Jeritan panik bergema dalam pertunjukan keluarga tersebut sebelum pegawai perubatan dan polis bergegas ke lokasi. Marina disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Satu notis yang ditampal di kaunter tiket pada Ahad memaklumkan persembahan sarkas ditutup disebabkan kematian.

Ketua Persatuan Sarkas Jerman, Ralf Huppertz berkata, agak luar biasa bagi artis berpengalaman seperti Marina untuk tidak selamat selepas jatuh dari ketinggian itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mengalami masalah kesihatan dan mungkin pening ketika di udara.

Jurucakap polis Stefan Heiduck mengesahkan Marina tidak menggunakan tali keselamatan, namun menegaskan artis trapeze tidak diwajibkan berbuat demikian.

“Dia sendiri yang memutuskan sama ada mahu menggunakan tali keselamatan. Tiada orang lain berada di gelanggang ketika kejadian berlaku,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa menutup mata anak-anak mereka sebaik artis itu jatuh bagi mengelak mereka daripada melihat kejadian tragis berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×