AS semakin tersisih selepas 156 negara iktiraf Palestin

AS semakin tersisih selepas 156 negara iktiraf Palestin

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengiktirafan Palestin sebagai negara berdaulat oleh beberapa kuasa besar dunia menjadi titik permulaan penting untuk memberi tekanan antarabangsa terhadap Israel.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hassan berkata, langkah semakin signifikan apabila banyak negara termasuk Perancis, Australia dan Kanada yang sebelum ini enggan mengiktiraf Palestin mula berubah pendirian.

Katanya, walaupun pengiktirafan itu tidak menjadikan Palestin anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia tetap memberi kekuatan perundangan besar untuk menyuarakan hak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Simbolik pengiktirafan ini sangat penting kerana ia menambah tekanan kepada usaha merealisasikan penyelesaian dua negara. Walaupun Palestin belum menjadi ahli penuh PBB, kedudukan mereka kini lebih kukuh.

“Kalau kita lihat, Amerika Syarikat sahaja yang kini kelihatan bersendirian menyokong Israel. Harapan kita ialah supaya negara G7 seperti Jepun, Itali dan Jerman memberikan pengiktirafan kepada Palestin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, sebanyak 156 daripada 193 negara anggota PBB secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin. 

Azmi berkata, masyarakat antarabangsa perlu lebih lantang mendesak sebarang sokongan yang menyumbang kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Ada negara masih enggan mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Peliknya, meskipun mereka menyokong penyelesaian dua negara tetapi tidak mahu mengiktiraf Palestin,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×