Resipi Seri minggu ini pasti memikat peminat masakan pedas.
Cara penyediaannya pun ringkas, menjadikannya hidangan sempurna sama ada untuk sarapan pagi, minum petang atau makan malam.
Malah, menu ini juga sesuai disajikan ketika aktiviti berkelah mahupun berkhemah bersama keluarga di hujung minggu.
Bahan-bahan:
-Minyak
-Dua biji bawang merah, enam ulas bawang putih, segenggam cili kering besar, sejemput ikan bilis (kisar kasar)
-Telur
-Nasi sejuk
-Garam
-Serbuk perasa
Cara penyediaan:
-Tumis bahan kisar hingga keperangan.
-Pecahkan dua biji telur dan hingga separa masak.
-Masukkan nasi sejuk mengikut saiz hidangan yang diinginkan, kemudian gaul rata.
-Tambah dua sudu kecil garam dan serbuk perasa.
-Gaul sekali lagi dan sedia untuk dihidangkan.










