ABC diarah bayar RM630,393 ekoran pecat wartawan ulas konflik Gaza

ABC diarah bayar RM630,393 ekoran pecat wartawan ulas konflik Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) diarahkan membayar AS$150,000 (RM630,393) kerana memecat penyampai radio, Antoinette Lattouf, secara tidak adil berhubung hantaran media sosial mengenai perang Gaza.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini mendapati Lattouf dikeluarkan daripada ke udara pada Disember 2023 kerana pandangan politiknya dan tekanan daripada kumpulan pro-Israel.

Lattouf diberikan ganti rugi sebanyak AS$70,000 (RM294,170) sebelum ini, namun Hakim Darryl Rangiah pada Rabu berkata, jumlah tambahan yang banyak itu diperlukan agar ABC mengambil pengajaran daripada kes tersebut.

ABC memohon maaf secara terbuk kepada Lattouf dan mengakui kegagalan pihak mereka terhadap kakitangan serta penonton.

Pemecatan Lattouf mencetuskan kemarahan orang ramai dan kekecohan di ABC, serta menimbulkan persoalan tentang kebebasan penyiaran serta sokongan terhadap pekerja pelbagai budaya.

“ABC mengecewakan rakyat Australia apabila mengorbankan hak pekerjanya untuk memuaskan kehendak kumpulan pelobi,” kata Hakim Rangiah.

Lattouf sudah lama menjadi penyumbang tetap dalam media Australia, selain terkenal sebagai aktivis dalam isu perkauman, diskriminasi dan kesihatan mental.

Beliau diambil untuk bekerja di rancangan Mornings ABC Radio Sydney, tetapi selepas tiga syif diminta mengemas barang dan dikeluarkan daripada ke udara.

Berita itu segera tersebar di media.

Beberapa jam sebelum itu, Lattouf berkongsi ciapan Human Rights Watch yang menuduh Israel menggunakan kelaparan sebagai senjata perang, dakwaan yang dinafikan Israel tetapi disokong oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

ABC berkata, ciapannya melanggar dasar editorial kerana dia diarahkan tidak bercakap tentang perang di media sosial.- BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×