Jual Porsche Panamera, Jaguar seludup pada harga murah

Jual Porsche Panamera, Jaguar seludup pada harga murah

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (tengah) menunjukkan kenderaan seludup yang dirampas JKDM Kelantan di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu,Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mendedahkan sindiket penyeludupan kenderaan mewah dari Singapura menawarkan harga jualan kereta jenis Porsche dan Jaguar lebih rendah berbanding harga pasaran dengan potongan antara 30 hingga 40 peratus.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kereta mewah lain dijual RM25,000 sehingga RM800,000 mengikut model tertentu seperti BMW 325, Audi A5, Mercedes Benz dan Suzuki Swift.

Menurutnya, taktik itu digunakan bagi mengaburi pembeli yang tidak menyedari risiko memiliki kenderaan seludup.

“Hasil risikan mendapati, kereta terbabit terlebih dahulu ditempatkan di beberapa lokasi sekitar Johor Bahru, Johor sebelum diedarkan kepada pelanggan di negara ini.

“Pada Mei lalu sahaja, JKDM Kelantan berjaya merampas sembilan buah kereta seludup di Johor Bahru yang dianggarkan bernilai RM1.46 juta. Rampasan itu dibuat hasil maklumat orang awam,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu di sini, hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, kesemua kenderaan itu diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import 2023) dan kes terbabit sedang disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 .

Dalam perkembangan lain, Wan Jamal turut berkongsi kejayaan JKDM Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM21.3 juta bermula Januari hingga 31 Ogos lalu.

Katanya, dadah mencatat rampasan tertinggi membabit 27 kes yang kebiasaannya diseludup melalui Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×