Trump isytihar gerakan antifa pengganas domestik

Trump isytihar gerakan antifa pengganas domestik

PENUNJUK perasaan memegang bendera dan sepanduk antifa semasa demonstrasi Revolusi 1 Mei di daerah Neukoelln di Berlin, pada 1 Mei 2025. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif yang secara rasmi mengisytiharkan gerakan kiri radikal antifa sebagai ‘organisasi pengganas domestik’, sekali gus menghidupkans semula janji kontroversi daripada penggal pertamanya.

Tindakan tersebut dibuat selepas pembunuhan aktivis konservatif, Charlie Kirk, pada 10 September lalu dan upacara peringatan yang diadakan pada Ahad.

Perintah itu menyifatkan antifa sebagai ‘gerakan militan dan anarkis’ yang bertujuan menggulingkan kerajaan AS, pihak penguatkuasa undang-undang serta sistem perundangan negara.

“Saya dengan sukacita memaklumkan kepada ramai Patriot U.S.A, saya mengisytiharkan Antifa sebagai sebuah organisasi pengganas utama.

“Saya juga akan mengesyorkan dengan tegas agar pihak yang membiayai Antifa disiasat sepenuhnya mengikut undang-undang,” kata Trump yang terlebih dahulu mendedahkan rancangannya minggu lalu di platform Truth Social.

Trump menyalahkan keganasan politik radikal sayap kiri atas kejadian tembakan Kirk, selain menuduh ia bertanggungjawab terhadap keganasan di negara itu.

Namun setakat ini, tiada bukti yang mengaitkan suspek penembak Kirk dengan antifa.

Beberapa pakar pelampau turut mempersoalkan sama ada Trump mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan berkenaan.

Tidak seperti organisasi pengganas asing, Negara Islam (IS), tiada rangka kerja undang-undang wujud untuk menetapkan kumpulan domestik dilabel entiti pengganas kerana kebimbangan pindaan pertama mengenai jenayah ideologi politik.

Disebabkan itu, pengasas bersama Projek Global Menentang Kebencian dan Ekstremisme, Heidi Beirich, menyifatkan langkah tersebut ‘tidak masuk akal’ dan pengisytiharan Trump dilihat tiada asas undang-undang atau fakta.

“Di Amerika, tiada senarai organisasi pengganas domestik. Bagi kumpulan asing, memang ada mekanisme untuk diisytiharkan dan disekat melalui undang-undang, tetapi ia tidak wujud untuk kumpulan domestik,” katanya.

Antifa, singkatan antifasis, beroperasi sebagai rangkaian terdesentralisasi aktivis jalanan bertopeng, bukan organisasi formal dengan kepemimpinan atau senarai keahlian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×