Cubaan dua lelaki pindah minyak sawit mentah RM775,620 gagal

Cubaan dua lelaki pindah minyak sawit mentah RM775,620 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cubaan dua lelaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak mentah sawit secara tidak sah untuk dijual di pasaran gelap mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel di Sitiawan, Perak semalam.

Menerusi serbuan kira-kira pukul pukul 1 tengah hari itu, sebanyak minyak mentah sawit bernilai RM 775,620 dirampas.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Satu Kampung Acheh menjalankan Op Taring Landai Bil. 62/2025 di bengkel terbabit.

Menurutnya, sebuah lori tangki dan lori kanvas dirampas bersama dua lelaki berusia 43 dan 54 tahun bekerja sebagai pemandu lori dan penjaga premis.

“Ketika serbuan mereka sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak mentah sawit dari lori tangki ke lori kanvas dan kedua-duanya mengaku membuat transaksi penjualan/pembelian minyak sawit secara tidak sah.

“Rampasan membabitkan lori tangki bernilai RM400,000, lori kanvas (RM45,000), minyak sawit dalam tangki lori (minyak isirung sawit mentah anggaran dalam 40,000 kilogram (kg)/40 tan) bernilai RM318,120.

“Turut dirampas minyak sawit terpakai dalam tangki lori kanvas anggaran 800 kg (RM4,000), Tong IBC 1,000 liter (lima) unit bernilai RM5,000 dan pam minyak dan hos (RM3,500),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusley berkata, pasukan serbuan telah membawa balik kedua-dua suspek dan rampasan ke PPM Wilayah Satu Kampung Acheh, Perak untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit 1998 (MPOB),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×