Longgokan sampah cemar Tok Bali

Longgokan sampah cemar Tok Bali

LONGGOKAN sampah sebelum dikutip Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) berhampiran Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Timbunan sam­pah-sarap yang melimpah keluar dari tong dan tidak dikutip lebih seminggu berhampiran bawah Jambatan Tok Bali, di sini, mengundang rasa tidak selesa kepada pelancong serta penduduk tempatan di kawasan tersebut.

Rata-rata orang ramai yang ditemui Utusan Malaysia mengakui keadaan itu menjejaskan imej Tok Bali sebagai kawasan pelancongan dan Bandar Pelabuhan Maritim.

Seorang penduduk, Ismail Muhammad, 40, berkata, Maj­lis Daerah Pasir Puteh (MD­PP) perlu mengambil tindakan dengan menguruskan longgokan sampah itu secepat mungkin bagi mengelak keada­an menjadi lebih teruk.

“Hampir setia petang kawasan ini dilanda hujan, jadi bila tidak diuruskan dengan baik sampah sarap ini berbau sekali gus mengundang rasa kurang senang penduduk.

“Saya harap MDPP dapat memberikan perhatian kepada perkara ini kerana ia melibatkan soal kebersihan,” katanya ketika ditemui.

Seorang peniaga, Kamariah Abdul Samad, 43, pula berkata, masalah sampah semakin serius kerana tong yang disediakan bukan sahaja digunakan oleh pengunjung dan peniaga kedai makan malah dikongsi peniaga pasar malam serta penduduk setempat.

“Apabila tong penuh, ada yang membuang sampah di sekelilingnya menyebabkan kawasan ini berbau. Jika tidak diselenggara kamilah yang tanggung akibatnya,” ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MDPP, Kamarulzaman Ab. Wahab berkata, punca utama masalah itu adalah kerosakan serius membabitkan dua lori milik pihak berkuasa tempatan itu.

“MDPP telah mendapatkan khidmat syarikat swasta bagi menguruskan kutipan sampah di lapan lokasi tong RORO yang terlibat sejak 18 September lalu,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×