50 tahun kawasan rukun tetangga pupuk perpaduan negara

50 tahun kawasan rukun tetangga pupuk perpaduan negara

KAWASAN rukun tetangga (KRT) menjadi nadi utama Kementerian Perpaduan dalam usaha memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENARA Kuala Lumpur, mercu tanda ikonik negara disinari cahaya lampu berwarna biru dan emas pada 17 hingga 19 September sebagai simbolik ulang tahun ke-50 penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negara ini.

Sejak ditubuhkan pada 1975, KRT memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kejiranan, meningkatkan keselamatan komuniti, serta memperkukuh nilai-nilai harmoni selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dan prinsip Rukun Negara.

Menteri Perpaduan Negara , Datuk Aaron Ago Dagang, menganggap KRT sebagai nadi utama Kementerian Perpaduan dalam usaha memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi. Selama lima dekad, KRT menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai kaum dan agama dalam memperkasa semangat kejiranan, memelihara aspek keselamatan serta meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

Pihak Menara Kuala Lumpur turut berbesar hati dapat bersama-sama Kementerian Perpaduan Negara meraikan sambutan 50 Tahun Kawasan Rukun Tetangga. Sebagai mercu tanda ikonik negara, Menara Kuala Lumpur sentiasa menyokong inisiatif yang membawa mesej perpaduan dan kebersamaan rakyat. Penyalaan lampu khas ini bukan sahaja simbol sokongan tetapi juga penghormatan kepada peranan besar KRT dalam menyatukan komuniti sejak lima dekad lalu.

Sehingga kini, terdapat 8,586 KRT di seluruh negara merangkumi lapan bidang tumpuan utama iaitu ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan komuniti, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, alam sekitar, warisan dan budaya serta daya cipta. Selepas separuh abad, KRT kekal sebagai mercu tanda perpaduan masyarakat majmuk, penggerak komuniti progresif dan nadi kesejahteraan rakyat.-UTUSAN

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA & MENARA KUALA LUMPUR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×