1,699 hektar tanah dikenal pasti bangun pelabuhan ketiga

1,699 hektar tanah Pulau Carey dikenal pasti bangun pelabuhan ketiga

Pelabuhan ketiga
MAHMUD Abbas berjabat tangan dengan Raja Nazirin Shah Raja Mohamad sambil disaksikan Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara PKNS dengan Yayasan Selangor berhubung pembangunan pelabuhan ketiga, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembangunan pelabuhan ketiga negeri ini di Pulau Carey, Kuala Langat bakal dilaksanakan di atas kawasan keseluruhan seluas 1,699 hektar merangkumi 1,011.71 hektar di bahagian dasar laut.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan tersebut juga meliputi tanah seluas 687.96 hektar di pesisir pantai milik Yayasan Selangor.

“Kerajaan negeri mengenal pasti 4,200 ekar (1,699 hektar) tanah yang akan kita majukan sebagai pelabuhan ketiga di Selangor, iaitu di Pulau Carey termasuk 2,500 ekar (1,011.71 hektar) dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Keseluruhan kawasan tersebut bukan untuk pembinaan pelabuhan sahaja, ia akan meliputi kawasan bandar. Kita akan berbincang dengan beberapa pihak termasuk Yayasan Selangor yang memiliki kira-kira 1,300 hektar (526.1 hektar) tanah, selain 40,000 ekar (16,187.43 hektar) milik Sime Darby (SD) Guthrie,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKNS dengan Yayasan Selangor sebagai simbolik kerjasama strategik pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey.

MoU berkenaan ditandangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas yang mewakili PKNS manakala Yayasan Selangor pula diwakili CEO, Raja Nazirin Shah Raja Mohamad.

Amirudin berkata, pihaknya akan memuktamadkan keluasan kawasan pembinaan pelabuhan Pulau Carey dalam jangka masa sebulan sebelum ia boleh dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan untuk proses pemilihan pemaju.

“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terlibat secara aktif dalam proses membangunkan, menguruskan dan meneliti fasa pembinaan pelabuhan ini yang akan menjadi pemangkin baru dalam pembangunan negeri Selangor dalam tempoh terdekat.

“Pembinaan pelabuhan itu bukan sahaja memberikan hasil jangka masa panjang kepada negeri, malah satu potensi baharu kepada PKNS sebagai unit pembangunan ekonomi negeri serta mengukuhkan kedudukan Yayasan Selangor,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi Yayasan Selangor, pembangunan itu sebagai langkah strategik untuk mendanai agenda pendidikan dan institusi pendidikan yang dijalankan oleh mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×