Penduduk Seoul pilih hidup sendirian

Penduduk Seoul pilih hidup sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Hidup bersendirian kini menjadi gaya hidup biasa di Seoul apabila hampir 40 peratus isi rumah di bandar raya itu terdiri daripada individu bujang.

Perkara itu didedahkan Kerajaan Metropolitan Seoul dalam laporan dikeluarkan pada Isnin, yang menganalisis perubahan dalam perkahwinan dan struktur keluarga penduduk bandar itu.

Berdasarkan data bancian tahunan Statistik Korea, sebanyak 1.66 juta isi rumah bujang direkodkan di Seoul pada tahun lalu, meningkat daripada 1.63 juta pada 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isi rumah dua orang membentuk 26.2 peratus, manakala empat orang mencatatkan 12.3 peratus.

“Kami akan merangka dasar inklusif yang mengambil kira perubahan dinamik keluarga, termasuk mencegah pengasingan sosial, menjamina perumahan stabil untuk golongan muda dan mewujudkan persekitaran mesra kanak-kanak supaya tiada siapa yang tercicir,” kata seorang pegawai Kerajaan Metropolitan Seoul.

Kerajaan bandar turut melaporkan, penduduk berusia 60 tahun ke atas menyumbang 20.2 peratus daripada populasi Seoul sehingga Julai lalu, menandakan peralihan ke arah masyarakat ‘super tua’.

Lebih 30 peratus isi rumah pula mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga berusia 65 tahun ke atas.

Pada masa sama, jumlah perkahwinan di Seoul menunjukkan peningkatan selama dua tahun berturut-turut, selepas menjunam kepada 35,752 kes pada 2022 ketika pandemik Covid-19.

Angka itu naik kepada 36,324 pada 2023 dan melonjak lagi kepada 42,471 atau 16.9 peratus tahun lalu.

Jumlah perceraian pula menurun daripada 16,282 kes pada 2020 kepada 12,154 kes pada 2024.

Namun, trend penceraian dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas melonjak daripada hanya tiga peratus pada tahun 2000 kepada 25 peratus tahun lalu.

Sementara itu, isi rumah yang mempunyai anak kecil berusia bawah lima tahun terus menyusut kepada 200,000 tahun lalu, berbanding kira-kira 350,000 pada 2016.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini