Sambutan Hari Malaysia, cuaca baik diramal di Butterworth

Sambutan Hari Malaysia, cuaca baik diramal di Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang esok dijangka berlangsung dalam keadaan cuaca baik pada sebelah malam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan diramal turun pada waktu pagi sebelum keadaan beransur mendung menjelang petang.

Katanya, dijangka cuaca dalam keadaan baik tanpa hujan pada sebelah malam ketika acara kemuncak berlangsung.

Berdasarkan ramalan cuaca, suhu minimum sekitar 25 darjah Celsius manakala maksimum boleh mencecah 35 darjah Celsius.

Sambutan bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ itu akan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual menghadiri majlis pada pukul 8.30 malam bersama tetamu kehormat termasuk Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya mewakili Datuk Seri Hajiji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×