DHPP sayap baharu Pas, keahlian parti cecah 1.3 juta

DHPP sayap baharu Pas, keahlian parti cecah 1.3 juta

DHPP ketika ini dianggotai kira-kira 78,000 ahli yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) diiktiraf sebagai sayap baharu parti itu, setanding dengan Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan As-Sabiqun.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengiktirafan itu berikutan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) berkuat kuasa 8 Ogos lalu.

Katanya, pindaan itu membolehkan DHPP menerima keahlian bersekutu terdiri daripada warganegara Malaysia yang beragama selain Islam. 

“Semua ahli DHPP sebelum ini yang berstatus rakan Pas akan secara automatik diserap menjadi ahli bersekutu. DHPP kini merupakan sayap rasmi bersama As-Sabiqun, Ulama, Muslimat dan Pemuda,” katanya ketika berucap pada Muktamar Pas Ke-71 di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini. 

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan Pas kini mencatatkan keahlian seramai 1.3 juta orang dengan purata kemasukan baharu antara 2,000 hingga 3,000 ahli setiap bulan. 

“Pas menerima kemasukan ahli baharu amat menggalakkan dan keahlian Pas kini mencecah sekitar 1.3 juta orang tidak termasuk pengikut di bawah DHPP,” katanya.

Beliau berkata, dengan perkembangan terbaharu itu DHPP akan layak untuk memilih kepimpinan Pusat pada muktamar akan datang berbanding hanya 20 perwakilan yang hadir tanpa boleh mengundi ketika ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×