Jambatan runtuh: Laluan alternatif dijangka siap dalam tempoh sebulan

Jambatan runtuh: Laluan alternatif dijangka siap dalam tempoh sebulan

KEADAAN jambatan yang runtuh di Jalan Kampung Tiung Widu yang menghubungan empat kampung di daerah Tambunan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMBUNAN: Laluan utama yang menghubungkan empat kampung dan sebuah sekolah di kawasan Kampung Tiung Widu di sini masih terputus selepas jambatan di Sungai Melout runtuh berikutan hujan lebat pada Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang berusaha membina laluan alternatif namun ia dijangka mengambil masa sehingga sebulan untuk disiapkan bergantung kepada keadaan paras sungai.

“Buat masa ini laluan masih terputus, tetapi kerja-kerja Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sedang dijalankan oleh pihak konsesi penyelenggaraan. Kami juga sentiasa memantau keadaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, setakat ini tiada laporan kejadian banjir diterima oleh pihak bomba.

“Cuaca di Tambunan juga baik, hanya hujan pada petang semalam namun tidak menyebabkan banjir. Bomba berada dalam keadaan bersiap siaga dan akan segera bertindak jika menerima panggilan kecemasan,” jelasnya.

Empat kampung yang terjejas ialah Kampung Tiung, Widu, Pialungan, Tiang Ranau, termasuk Sekolah Kebangsaan Tiung Widu.

Mitchell berkata bekalan makanan masih dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Tambunan (PDT), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Wakil Rakyat.

“Setakat ini keperluan asas penduduk masih terjaga hasil kerjasama pelbagai pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini