Hukuman sebelum ini tidak sah, Thaksin kembali ke penjara

Hukuman sebelum ini tidak sah, Thaksin kembali ke penjara

THAKSIN SHINAWATRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra diperintahkan Mahkamah Agung untuk menjalani hukuman penjara selama satu tahun, selepas mahkamah mendapati beliau secara tidak sah menjalani hukuman sebelumnya di hospital dan bukannya dalam penjara seperti sepatutnya.

Thaksin, 76, kembali ke Thailand pada Ogos 2023 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan sebelum dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun bagi kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Namun, Thaksin tidak pernah ‘bermalam’ di dalam sel tahanan kerana beliau terus dibawa ke sebuah hospital swasta dengan alasan mengalami masalah kesihatan.

Tidak lama kemudian, hukumannya dikurangkan kepada setahun melalui pengampunan diraja sebelum dibebaskan lebih awal menerusi skim pelepasan banduan warga emas.

Namun, Mahkamah Agung menolak alasan tersebut dan menerusi penghakiman, mahkamah menegaskan penyakit yang dialami oleh Thaksin bukan kecemasan dan kemasukan ke hospital tidak boleh dikira sebagai menjalani hukuman penjara secara sah.

Justeru, waran dikeluarkan untuk membawanya ke Penjara Reman Bangkok bagi menjalani hukuman yang ditetapkan.

Thaksin hadir ke mahkamah dengan tenang dan tersenyum, ditemani anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra, yang juga baru-baru ini disingkirkan daripada jawatan Perdana Menteri.

Kemunculan semula Thaksin ke arena politik pada tahun lalu bertepatan dengan kembalinya parti Pheu Thai ke tampuk kuasa.

Namun, keadaan menjadi tegang apabila tindakan membawa beliau ke hospital serta merta selepas ketibaan di lapangan terbang menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat yang mendakwa wujud perjanjian sulit dan layanan istimewa.

Situasi menjadi lebih hangat apabila Thaksin menaiki jet peribadi meninggalkan Thailand beberapa hari sebelum keputusan diumumkan, mencetuskan spekulasi beliau mungkin melarikan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×