Malaysia salur bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan

Malaysia salur bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan

ZAHID Hamidi mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat anjuran Sekretariat Majlis TVET Negara bersama syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan susulan tragedi gempa bumi kuat yang melanda beberapa wilayah negara itu pada 31 Ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan tersebut  meliputi aspek perubatan dan kesihatan, bekalan makanan serta keperluan asas lain dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan.

“Kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian bantuan kewangan kepada Afghanistan dan jumlahnya akan ditentukan oleh Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat anjuran Sekretariat Majlis TVET Negara bersama syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kedutaan Afghanistan di Malaysia serta Kementerian Luar, tiada keperluan untuk menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia bagi operasi mencari dan menyelamat.

“Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Afghanistan yang terkesan akibat bencana ini.

“(Kerajaan Malaysia juga) menegaskan komitmen berterusan untuk bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam usaha meringankan penderitaan mereka,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, gempa bumi di Afghanistan pada 31 Ogos lalu antara yang terburuk melanda negara itu dengan jumlah kematian mencecah 2,200 mangsa. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×