Tragedi mesin padi: JPPKK sedia bantu keluarga Muhammad Amsyar

Tragedi mesin padi: JPPKK sedia bantu keluarga Muhammad Amsyar

SHAMSURI Abdullah ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai Ke-24 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan membantu keluarga penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, yang maut selepas mesin padi yang dinaikinya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, Kedah, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, ketika ini, pihak Polimas telah menghubungi keluarga Allahyarham susulan tragedi berkenaan.

“Kami bersedia untuk memberikan apa juga bentuk sumbangan sama ada daripada sudut kewangan mahupun psikologi atau moral kepada keluarga mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami sememangnya sentiasa bersedia untuk memberi bantuan semampu mungkin bila mana berlakunya kejadian mahupun tragedi seumpama ini terhadap pelajar kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai Ke-24 di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Amsyar dilaporkan hilang selepas mesin padi dinaiki bersama tiga rakan terjatuh ke dalam sungai.

Jasad mangsa bagaimanapun dijumpai pukul 10.01 pagi semalam iaitu kira-kira 10 meter dari lokasi awal kejadian pada kedalaman empat meter oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani yang melakukan selaman di dasar sungai. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini