Koleksi khas buat ratu sehari

Koleksi khas buat ratu sehari

Rekaan anggun sesuai untuk raja sehari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama barang kemas terkemuka negara, Tomei, sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan kempen perkahwinan terbaharunya, Her Vintage Vow.

Kempen ini diangkat sebagai penghormatan terhadap kekuatan lembut, warisan budaya serta perjalanan setiap wanita menuju hari bahagia.

Mengangkat falsafah janji cinta bukan sahaja diungkapkan dengan kata-kata, malah boleh dizahirkan melalui perhiasan, kempen kali ini memberi ruang kepada setiap pengantin untuk mengekspresikan diri.

Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia berkata, Her Vintage Vow adalah lambang keberanian wanita untuk meraikan identiti mereka.

“Ia bukan sekadar koleksi perhiasan, tetapi simbol janji cinta dan keperibadian. Kami mahu setiap pengantin diraikan dengan cara paling tulen iaitu melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka,” katanya baru-baru ini.

Kempen Bridal 2025 ini memperkenalkan empat koleksi utama yang menjadi nadi kepada koleksi kali ini.

Koleksi diamond tampil untuk wanita minimalis dengan sentuhan elegan abadi yang tidak lapuk ditelan zaman.

Manakala yellow diamond pula memancarkan pesona ceria menerusi kilauan emas istimewa yang memberi aura mewah kepada si pemakai.

Bagi peminat mutiara, koleksi pearl mengekalkan keanggunan klasik dengan aura tenang yang abadi diikuti diamond cut yang menampilkan pertukangan halus inspirasi motif warisan Melayu.

Daripada keempat-empat koleksi tersebut, kata Yi Jia, diamond kekal mencatatkan permintaan paling tinggi kerana rekaannya relevan dan menjadi pilihan utama pengantin moden.

Selain itu, Tomei turut menganjurkan pameran perkahwinan di IOI City Mall, Putrajaya dari 3 hingga 16 September ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×