Polis Pahang lupus lebih RM520,000 dadah

Polis Pahang lupus lebih RM520,000 dadah

YAHAYA Othman (tiga dari kiri) memeriksa dadah yang akan dilupuskan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM520,000 melibatkan kes sepanjang tempoh 2011 sehingga tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pelupusan itu dilaksanakan oleh syarikat dilantik di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor esok.

“Ia membabitkan sebanyak 2,656 barang kes selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah yang sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit juga tamat. 

“Antara dadah yang akan dimusnahkan ialah 3.3 Kilogram (kg) heroin, methamphetamine (1.7 kg ), cannabis (727 gram), air ketum (2,908 liter) dan daun ketum (69 kg) selain beberapa jenis dadah lain seperti pil psikotropik, yaba serta ekstasi.

“Jumlah keseluruhan nilai pasaran dadah yang dilupuskan adalah RM519,158.78 dan proses ini dilakukan oleh kontraktor bertauliah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, sepanjang Januari hingga Ogos lalu, JSJN Pahang melaksanakan 9,365 tangkapan melibatkan 8,252 kes menerusi 144 operasi khas bagi melumpuhkan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×