Pemeriksa diari Zara Qairina mula beri keterangan

Pemeriksa diari Zara Qairina mula beri keterangan

ZARA QAIRINA MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir memasuki hari ketiga dan Mahkamah Koroner hari ini akan mendengar keterangan saksi baharu.

Saksi tersebut, Nurul Atiqah Mohd Noh merupakan pemeriksa dokumen daripada Jabatan Kimia Malaysia dan saksi kedua inkues.

Difahamkan beliau telah memerika empat buah buku milik Zara Qairina dan melakukan analisis terhadap tulisan tangan remaja terbabit.

Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina diadakan atas permintaan ibu arwah kepada Jabatan Peguam Negara melalui pasukan guaman yang mewakilinya bertujuan mencari kebenaran mengenai punca kematian anaknya.

Zara Qairina dilapor meninggal dunia akibat kecederaan otak yang teruk pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asramanya pada kira-kira jam 4 pagi, sehari sebelum itu.

Mahkamah Koroner sebelum ini membenarkan ibu dan bapa arwah Zara Qairina, selain lima tertuduh kanak-kanak yang berdepan pertuduhan kes buli di Mahkamah Kanak-Kanak, melalui peguam masing-masing sebagai pihak berkepentingan dalam inkues berkenaan.

Ibu arwah, Noraidah Lamat, 45, diwakili peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan, selain Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×