Peluang Aaron-Wooi Yik buru gelaran Terbuka Hong Kong

Peluang Aaron-Wooi Yik buru gelaran Terbuka Hong Kong

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir China Masters.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong tanpa kelibat juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei manakala pemain-pemain utama yang lain dijangka beraksi, esok.

Tumpuan terarah kepada saingan beregu lelaki yang mengirimkan wakil paling ramai dengan gandingan No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diletakkan sebagai pilihan pertama.

Tanpa juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, peluang juara Asia itu untuk mendominasi saingan lebih terbuka dengan pasangan No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani diletakkan sebagai pilihan kedua.

Selain Aaron-Wooi Yik dan Sze Fei-Izzuddin, turut mengesahkan penyertaan mereka adalah beregu No. 6 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang akan membuka aksi menentang rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong.

Dua lagi beregu Malaysia yang turut beraksi ialah pasangan No. 20 dunia, Arif Junaidi-Yap Roy King dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Arif yang terpaksa direhatkan seketika kembali menyertai latihan dan bersedia beraksi pada Terbuka Hong Kong dengan beregu No. 4 dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark menanti dia dan Roy King pada pusingan awal.

“Arif mengalami masalah gerd iaitu isu pada sistem pencernaan, tetapi dia telah kembali berlatih dan berada dalam keadaan sihat,” kata ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi.

Sementara itu, untuk saingan beregu campuran, ketua jurulatih, Nova Widianto berkata, Tang Jie-Ee Wei diberikan rehat bagi memberi ruang untuk mereka memulihkan kembali stamina dan fokus selepas ini adalah penampilan pada China Masters.

Ketiadaan Tang Jie-Ee Wei, cabaran Malaysia diketuai beregu profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Hoh Pang Ron-Cheng Su Yin dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien.

Bagi aksi perseorangan lelaki pula, pertembungan sesama sendiri antara Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia akan berlaku seawal pusingan pertama manakala K. Letshanaa menjadi wakil tunggal Malaysia dalam perseorangan wanita.

Naib juara dunia, Pearly Tan-M. Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kedua bakal berdepan beregu Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun pada peringkat 32 terbaik manakala Go Pei Kee-Teoh Mei Xing bertemu Fan Ka Yan-Yau May Ying dari Hong Kong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×