Beutea Holdings sasar pasaran Australia, Jepun

Beutea Holdings sasar pasaran Australia, Jepun

BEUTEA telah memulakan langkah pertama di peringkat antarabangsa melalui kehadirannya di Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beutea Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan pasaran Australia dan Jepun bagi memperluaskan rangkaian kafe miliknya, di samping memperkukuh pengedaran dan capaian runcit bagi produk minuman berbungkus untuk merebut peluang baharu dalam pasaran. 

Pengarah Eksekutifnya, Jess Wong berkata, kedua-dua negara itu dijangka dilancarkan pada tahun ini dan beberapa negara lain juga masih dalam peringkat perbincangan pengurusan syarikat itu. 

“Beutea turut memulakan langkah pertamanya di peringkat antarabangsa menerusi kehadiran di Singapura serta merancang untuk memasuki pasaran Australia, Jepun, Vietnam, Thailand dan Mauritius melalui pembukaan cawangan di pusat beli-belah, kiosk, kedai utama dan kedai konsep. 

“Kami akan terus memperkukuh kerjasama strategik dan menjalin kolaborasi dengan jenama-jenama utama bagi merancakkan pertumbuhan di peringkat serantau.

“Kami juga bersedia untuk memperluaskan kehadiran Beutea di pusat beli-belah, hab gaya hidup dan saluran dalam talian di seluruh Malaysia,” katanya selepas pelancaran jenama minuman teh itu baru-baru ini. 

Menurutnya, kerjasama stra­tegik, kedudukan kukuh syarikat dalam pasaran halal serta komitmen untuk memperjuangkan budaya teh asli akan menjadi pemacu utama dalam fasa pertumbuhan seterusnya bagi Beutea.

“Rangkaian produk Beutea yang terus berkembang mencerminkan dedikasi berterusan terhadap kualiti dan inovasi. 

“Antara penawaran utama yang akan datang termasuk koleksi teh lerai (loose-leaf teas) dan campuran botani yang diformulasikan khusus untuk menyokong pencernaan, ketenangan, fokus dan keseimbangan, menggunakan ramuan semula jadi terpilih seperti melur, kelopak ros dan herba botani lain.

“Jenama ini kini turut menawarkan pilihan pemanis sifar kalori bagi pelanggan yang ingin menikmati minuman kegemaran mereka tanpa rasa serba salah, sekali gus memenuhi permintaan yang semakin me­ningkat untuk penyesuaian yang mementingkan kesihatan,” katanya. 

Beliau berkata, minuman yang dikenali dengan aroma bunga yang lembut dan rasa manis menyegarkan itu berjaya mencatat lebih satu juta cawan terjual dalam tempoh hanya 12 bulan. 

“Beutea berjaya merekodkan pencapaian luar biasa ini dengan jumlah jualan sebanyak 1.02 juta cawan antara Mei 2024 hingga April 2025, sekali gus melayakkan syarikat itu menerima pengiktirafan rekod tersebut pada Mei 2025.

“Ini membuktikan minuman ini telah menambat hati peminat teh di seluruh Malaysia dan rantau ini. 

“Beutea lebih daripada sekadar perniagaan. Ia adalah misi untuk memastikan budaya teh asli terus hidup dan kekal rele­van buat generasi baharu.

“Di Beutea, kami percaya bahawa kualiti sebenar bermula dari sumbernya. Sebab itu, kami hanya memilih daun teh terbaik dari Pegunungan Wuyi di China yang terkenal dan setiap cawan dibancuh sendiri mengikut pia­waian tertinggi dari segi rasa dan keaslian. 

“Bagi siri teh susu kami, kami menggunakan susu rendah lemak bagi menawarkan pilihan yang lebih ringan dan menyehatkan dan kesemua minuman kami turut disediakan dengan pilihan gula sifar kalori untuk dinikmati tanpa rasa bersalah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×