Kertas siasatan pelajar jatuh di Sabak Bernam dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri

Kertas siasatan pelajar jatuh di Sabak Bernam dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri

Balisong
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan polis telah pun dilengkapkan dan pihaknya menunggu arahan lanjut daripada pihak PPN.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada PPN bagi tujuan penelitian serta nasihat lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung hasil dapatan siasatan sementara menunggu keputusan pihak PPN.

Sebelum ini, Shazeli dilaporkan berkata polis sudah merakam keterangan lebih 12 individu termasuk pelajar, guru dan warden asrama selain memperoleh beberapa petunjuk penting bagi membantu merungkai punca sebenar kejadian.

Beliau turut dilaporkan berkata, siasatan turut menjurus di tempat kejadian dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar asrama.

Pada 24 Ogos lalu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dilaporkan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam.

Mangsa, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas dipindahkan dari Hospital Sabak Bernam.

Mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya dilaporkan semakin stabil dan menunjukkan tindak balas positif.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×