PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memutuskan hanya akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya berkenaan.
“Kami mengekalkan kerjasama BN-PH. Namun, BN dan Umno Sabah memutuskan secara muktamad tidak akan ada kerjasama dengan GRS,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Biro Politik UMNO Sabah, Kota Kinabalu semalam.
Pada Julai, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan PH pada PRN Sabah.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 November ini, jika bukan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.










