Muslim Care hantar 10 periuk makanan sehari ke Gaza

Muslim Care hantar 10 periuk makanan sehari ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 1,000 penduduk Gaza khususnya di Khan Younis dan Rafah tidak lagi berdepan kebuluran apabila 10 periuk besar makanan dapat disediakan setiap hari.

Perkembangan terkini itu dikongsikan oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan selepas rejim Zionis memberi kelonggaran dengan membenarkan pembukaan pintu sempadan di Jordan, sejak 10 hari lalu.

Walaupun bantuan belum dapat disalurkan dalam kuantiti yang besar, katanya, ia berjaya disalurkan berbanding situasi lebih kronik yang dialami pada Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wakil Muslim Care di Gaza berjaya menyediakan 10 periuk besar makanan yang terdiri daripada hidangan nasi dan sup. Sekurang-kurangnya, kita dapat bekalkan mereka dengan sumber karbohidrat pada setiap hari.

“Harga makanan juga mula mengalami penurunan. Contohnya, sebungkus tepung daripada RM250 sudah menjadi RM50. Jadi, kita ambil peluang ini untuk membeli lebih banyak bahan-bahan mentah seperti beras, kekacang, minyak masak dan makanan dalam tin.

“Kita juga bimbang dengan situasi tidak menentu yang akan berlaku dalam beberapa hari dan minggu akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terkini, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran hampir sejuta wanita serta gadis di Gaza berdepan kebuluran akibat sekatan berpanjangan selain kemusnahan besar akibat perang.

Gaza kini berdepan krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarahnya, dengan hampir 61,900 rakyat Palestin di wilayah bergolak itu terbunuh sejak Oktober 2023.

Zulkifli berkata, penduduk Palestin di Semenanjung Gaza akan dipastikan mempunyai bekalan air bersih setiap hari bagi mengelakkan kematian akibat kebuluran susulan sekatan bantuan makanan.

“Kita akan memastikan 15,000 liter bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk bagi kegunaan harian mereka.

“Bagaimanapun, kita berdepan cabaran besar apabila kos bekalan minyak diesel melambung tinggi bagi menggerakkan lori yang membawa tangki air berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini